2 mins read

Perlindungan Takaful

Di dalam satu keluarga, suami atau ayah adalah orang yang pertama perlu dilindungi takaful kerana dia merupakan ketua keluarga di dalam keluarga.

Ketua keluarga merujuk kepada orang yang bertanggungjawab memberi nafkah untuk keluarga.

Apabila sesuatu musibah berlaku ke atas diri ketua keluarga ini, maka ia akan menjejaskan pendapatan dan perbelanjaan seisi keluarga. Dalam sesebuah keluarga, ketua keluarga ini selalunya suami atau ayah.

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya…” (Al-Baqarah : 240)

Jika anda adalah ketua keluarga utama untuk orang-orang yang anda nampak di sekeliling anda maka anda adalah orang yang paling utama untuk mendapatkannya. Utamakan diri sendiri dulu dan bukannya tanggungan.

Walaupun anda barangkali telah pun mempunyai manfaat perubatan dan perlindungan di tempat kerja tetapi jangan terlalu bergantung kepadanya. Ini kerana polisi syarikat boleh berubah-ubah mengikut keperluan semasa dan selalunya pekerja “kalah” apabila polisi ini diubah.

Suami & Isteri Bekerja

Dalam zaman sekarang, suami dan isteri selalunya bekerjasama menyediakan pendapatan dan perbelanjaan keluarga.

Maka dalam situasi begini, orang kedua yang perlu mencarum adalah isteri. Kemudian barulah kita lihat duit lebihan sama ada perlu atau tidak untuk kita carum takaful untuk anak pula.

Cara paling selamat sekiranya kita adalah penyara keluarga, maka utamakan Income Protection. Jika ada bajet lebih barulah lihat kepada keperluan Medical Card.

Dalam situasi keluarga besar, bajet untuk Takaful biasanya sedikit ketat, ambil Takaful untuk Income Protection sahaja buat si ayah dan ibu. Tanpa medical card.

Untuk si anak, bolehlah kita pertimbangkan untuk ambil medical card. Jika kita yang terpaksa warded hospital, kita masih boleh gagahkan diri untuk masuk ke hospital kerajaan. Tetapi jika anak yang kecil, mereka memerlukan ibu untuk sentiasa berada di sisi. Jadi eloklah si anak kita berikan medical card. Jika kita tiada, maka anak itu hilang tempat bergantung.

Sumber artikel : https://www.zulaihamohdnawi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *