1 min read

“Medical Card” Perlindungan Penyakit Kritikal Tahap Awal?

Tahukah anda, 70% punca kematian penduduk Malaysia adalah disebabkan 4 penyakit berikut::

1. Kanser
2. Sakit jantung
3. Diabetis
4. Stroke

Ini berdasarkan statistik WHO, Rujuk gambarajah

Fakta berikutnya, rata-rata insurans dan takaful beserta medical card tidak memberikan pampasan perlindungan sekiranya ditimpa sakit kritikal peringkat awal.

Disertakan beberapa klausa yg dipetik dari beberapa polisi medical card dan penyakit kritikal beberapa syarikat takaful.

Kenapakah manfaat pampasan penyakit kritikal peringkat awal ini penting?

Ianya penting kerana apabila anda disahkan penyakit kritikal tahap awal, peluang untuk pulih atau sembuh adalah tinggi tetapi sepanjang tempoh menjalani rawatan, anda mungkin tidak dapat bekerja, ini menyebabkan kehilangan pendapatan.

Oleh itu, dengan adanya manfaat ini boleh membantu anda mengharungi tempoh yang sukar manakala simpanan dan pelaburan tidak terganggu.

Namun ada berita baik.

Ada produk takaful yang memberikan perlindungan pada kanser peringkat awal, apakah keterukan tahap awal yang dilindungi itu?

1. Kanser :
Karsinoma-in situ (CIS), Kanser Prostat Awal, Kanser Tiroid Awal, Kanser Pundi Awal serta Leukaemia Limfosik Kronik Awal.

2. Sakit jantung
Kemasukan perentak jantung kardiak, Kemasukan Kardiak Defibrilator

3. Diabetis
Pembedahan untuk diabetes retinopati jenis 2, Amputasi anggota badan, Severe diabetic nephropathy.

4. Stroke
Pembedahan Aneurisme Otak, Pemasukan Pintasan Serebrum

(untuk keterangan lebih jelas, rujuk sijil takaful)

Bukan setakat 4 sakit diatas, malah juga penyakit-penyakit kritikal peringkat awal lain seperti penyakit hati peringkat awal, tumor otak peringkat awal, penyakit paru-paru peringkat awal dan lain-lain.

Berapa banyak perlindungan sakit kritikal yang diperlukan?

Anda perlu memilih pelan sakit kritikal yang boleh menampung kira-kira 3 hingga 4 kali pendapatan tahunan anda. Ini kerana, purata jangka hayat sekiranya berlaku sakit kritikal peringkat akhir adalah 4 tahun.

Ini dapat menampung perbelanjaan harian ketika berehat atau berhenti kerja.

Untuk sakit kritika peringkat awal, pelan yang boleh menampung sehingga 1 tahun daripada pendapatan anda untuk menampung perbelanjaan rawatan dan penggantian pendapatan semasa tempoh pemulihan anda.

Sumber artikel : https://www.zulaihamohdnawi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *