28 Jan, 2026

IKHLAS Education : Takaful Plus

1 min read

Pendidikan yang baik adalah pasport untuk kehidupan yang sempurna. Dengan kos pendidikan yang semakin meningkat, anda harus merancang bermula dari sekarang. Ikhlas education takaful plus ialah sebuah pelan yang mampu membantu anda memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan ke arah pendidikan anak anda.La juga menyediakan perlindungan seandainya anak anda meninggal dunia atau hilang upaya. Pelan ini direka khas untuk kanak-kanak berumur di antara 30 hari sehingga 12 tahun, jadi anda bolehlah merancang masa depan pendidikan mereka. Pelbagai pilihan fleksibel umur sijil matang disediakan kepada peserta iaitu di antara 18 hingga 23 tahun.

Apakah Perlindungan Ikhlas Education Takaful Plus?

Dengan pelan istimewa ini, anda akan menikmati faedah berikut: Kematian atau Keilatan Kekal Menyeluruh (TPD) (Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas) Apabila berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh terhadap anak anda sebelum tempoh matang Sijil, pembayaran nilai perlindungan dan lebihan pengagihan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA), akan diberikan kepada anda. Walau bagaimanapun, jikalau kematian atau TPD berlaku sebelum anak anda menjangkau umur lima (5) tahun pada ulang tahun berikutnya, jumlah yang dibayar adalah seperti berikut: